9.04.2009

HADITH KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

عن معاذ بن أنس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
من قرأ القرآن وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا
Daripada Mu'adz bin Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan mengawal isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus daripada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini."
عن عبد الله بن مسعود رضى الله عنه قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها
لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم لام
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesipa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t., maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
عن أبي أمامة الباهلي رضى الله عنه قال
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه
Daripada Abi Umamah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bacalah Al-Quran, kerana dia akan datang pada hari kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya
Terlalu besar ganjaran yang telah dijanjikan kepada Hamalatul Quran. Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan orang yang membaca Al-Quran. Kita hendaklah sentiasa berdamping dengan Al-Quran yang merupakan petunjuk kepada sekalian manusia.

No comments:

Post a Comment