9.13.2009

LAILATUL QADR

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh kita semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. seperti firman Allah S.W.T. " malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan" surah al-Qadr:3.

Kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh dengan memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya. Kita tak tahu samaada kita berkesempatan atau tidak untuk menyambut Ramadhan akan datang. Jadi, sama-samalah kita menghidupkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini untuk menambahkan saham kita di akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment