11.20.2010

WANITA


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
Bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir senyum kosmetik

Cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja
Tidak pada kulit mulus menggebu terdedah

Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa
Bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak
Tidak menjerat diri kepada kedurhakaan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri
Merempuh badai disisi suami

Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu
Menjauhi persengketaan ipar lamai

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu
Membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantiknya seorang wanita itu sebagai mertua
Telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek
Menjaring teladan para anbiya’ buat cucu-cicit

Cantiknya seorang wanita itu sebagai warganegara
Peka membela nasib dan maruah negara

1 comment:

  1. salam adik...

    hehehe..betul tu, wanita yg menjadi sebaik-baik perhiasan duniawi ialah wanita solehah =)

    suka n3 ni..=)

    ReplyDelete