8.21.2010

RAMADHAN KARIM



Hari ini merupakan hari ke-12 kita berpuasa, ini pula post pertama bagi bulan ini. Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Ramadhan berasal daripada bahasa arab yang memberi makna panas terik. Kalimah Ramadhan digunakan kerana pada bulan itu, dosa-dosa dihapus dengan melakukan perbuatan yang baik.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, jadi sudah pasti ianya memiliki kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah :

1 ) Ramadhan adalah penghulu bagi semua bulan

Ini sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir:
"Penghulu bulan ialah bulan Ramadhan dan penghulu hari ialah hari Jumaat"

2 ) Dibuka pintu syurga

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dai abu Hurairah:
"Apabila datang Ramadhan, dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu"

3 ) Diampunkan dosa sehingga Ramadhan yang akan datang

Berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah:
"Solat fardu lima waktu, Jumaat kepada Jumaat, dan Ramadhan kepada Ramadhan, akan diampunkan diantara keduanya sekiranya seseorang itu melakukan dosa-dosa besar"

4 ) Ganjaran daripada Allah s.w.t.

Diriwayatkan oleh Muslim daripda Abu Hurairah, Rasulullah s..a.w. berkata:
"Allah berkata : 'Setiap amalan anak Adam adalah baginya melainkan puasa dan aku yang akan membalasnya. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi disisi Allah berbanding haruman kasturi'

5 ) Diampunkan dosa terdahulu

Hadis ini diriwayatkan oleh sebilangan ahli hadis termasuk Bukhari dan Muslim:
"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas ( kepada Allah ), diampunkan dosa ( yang terdahulu )

6 ) Diturunkan al-Quran

7 ) Bulan keberkatan

Ubadah bin Samit melaporkan Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Datang pada kalian bulan Ramadhan bulan berkat, didalamnya Allah membuka untuk kalian kebaikan-kebaikan, Allah menurunkan rahmatNya, menghapuskan dosa-dosa, mengkabulkan doa, Allah memperhatikan usaha-usaha kalian ( berlumba-lumba dalam kebaikan ) dan Allah begitu membanggakanmu di hadapan para malaikat, Allah menampakkan daripada diri kalian kebaikan-kebaikan kerana sesungguhnya diharamkannya ( sesuatu yang halal di bulan Ramadhan ) didalamnya terdapat rahmat Allah Azzawajalla"

8 ) Malam Lailatulqadar

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan redha Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan sesiapa yang qiamullail pada malam Lailatulqadar dengan penuh iman dan mengharapkan redha Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu"

9 ) Dibebaskan daripada api neraka

"Sesungguhnya bagi Allah hamba-hamba yang bebas ( daripada api neraka ) setiap berbuka dan demikian itu pada setiap malam. ( Riwayat Ahmad )

No comments:

Post a Comment