7.20.2010

SEJAUH MANA CINTA KITA TERHADAP RASULULLAH SAW

Setelah lama saya menyepi, ingin saya berkongsi dengan sahabat sekalian tentang "bukti cinta kepada Rasulullah SAW" yang baru saya baca.
Adakah memadai lidah dan mulut kita yang mengucapkan bahawa kita mencintai Rasulullah SAW? Adakah memadai sekadar kita mendendangkan lagu yang menceritakan tentang Rasulullah SAW.

Dalam buku tersebut mencatatkan bukti pertama cinta kepada Rasulullah SAW ialah sering mangenangkan sirah dan perjuangan Baginda.Pernahkah kita terfikir penderitaan yang Baginda alami untuk menjaga cahaya keimanan sehingga sampai ke hati kita pada zaman ini. Rasulullah SAW merupakan contoh yang paling terbaik. Ketika mana dicaci dan dimaki hamun oleh seoang wanita Yahudi, Baginda tetap menyuapkan makanan kepada wanita tersebut. Rasulullah SAW sentiasa memikirkan tentang umatnya sehingga di akhir hayat Rasulullah SAW, Baginda mengucapkan UMMATI..UMMATI.. disaat menahan kesakitan nyawa yang hampir berpisah dengan jasad.

Bukti kedua pula ialah sentiasa mentaati perintah Baginda Rasulullah SAW dan meninggalkan larangannya. Setiap kali mendengar perintah Nabi SAW, semua sahabat mengerjakannya tanpa sebarang bantahan dan apabila mendengar satu larangan terus meninggalkannya. Sebagaimana reaksi para sahabat ketika turun ayat tentang pengharaman arak yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Bukti yang ketiga ialah mencintai dan mambela sunnah Baginda Rasulullah SAW. Sunnah Baginda SAW mencakupi dari sekecil-kecil aspek hingga perkara-perkara yang besar. Jika kita lihat keadaan akhir zaman ini, hanya sedikit umat Islam yang membela Rasulullah SAW dan ajaran baginda. Kita nilai diri kita dimana tahap kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

No comments:

Post a Comment