9.16.2009

CORETAN KISAH DARI PEMILIK BLOG INI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke-27 kita sebagai umat Islam menjalani ibadah puasa. macam tak percaya je..ana rasakan Ramadhan kali ni berlalu dengan begitu pantas sangat...
Dalam tempoh 2 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua... Adakah kita masih diberi peluang untuk meraikan Ramadhan yang akan datang? Wallahua'alam...

Puasa ini adalah puasa kali kedua sepanjang ana berada di Maahad Tahfiz. Ana teringat masa Ramadhan pertama disini, macam aktiviti yang kami buat. Antaranya buat usrah tadarus al-Quran, pastu sama-sama menghidupkan malam. Ana gembira sangat. selain tu kitaorang diminta untuk menjadi naqibah untuk Majlis Tadarus & Khatam al-Quran Wanita...Ya Allah, punyalah takut masa tu sebab kena conduct mak cik-mak cik, datin-datin..sebabnya diorang tu majority sebaya dengan emak ana, so kena fikirkan cara pendekatan yang paling terbaik untuk sampaikan ilmu Allah. Paling seronok bila dapat ahli usrah yang sporting, yang suka belajar benda baru, yang suka bertanya..jadi ana & sahabat-sahabat tak la kekok sangat nak sampaikan ilmu.

Ramadhan kali ni pun tak kurang hebatnya..Biro Musolla memainkan peranan dalam membahagikan usrah tadarus al-Quran dan qiamullail. Pastu pentadbiran Maahad buat jadual setiap hari selepas solat zohor, ada pensyarah yang akan beri tazkirah mengikut giliran masing-masing. MasyaAllah, banyak sangat ilmu yang ana & sahabat-sahabat dapat. Dan seperti tahun sebelumnya, kami, banat Maahad sekali lagi diminta untuk menjadi naqibah. Kali ni ana dapat ahli usrah dikalangan student. Semuanya pangkat adik ana, ada Menengah Agama al-Attas, SHAH Pekan dan Kuliah Pekan yang bakal menduduki peperiksaan STAM.

Sebelum memulakan tadarus, ana buat taa'ruf sikit dengan diorang. Pastu sebahagian besar daripada diorang menyimpan hasrat untuk manghafal al-Quran. Alhamdulillah. Ana pun terangkan beberapa hadis tentang kelebihan menghafal al-Quran supaya hasrat mereka tu tak terkubur begitu saja. Kebetulan pula, usrah ana dapat juzu' 12, ada la diantara diorang tu yang terkena bacaan isymam dan imalah... Ana ni pulak jenis pantang sikit kalau tanya pasal Qiraat, habis semua ana cerita, diorang pun pening kepala la (maklumlah peminat ilmu Qiraat)..hehe..ana pun cakap kat diorang "takpe-takpe kalau adik-adik semua nak tau lagi banyak pasal Qiraat, datang je kat Maahad". Rasanya sampai sini dulu la coretan ana untuk kali ini. InsyaAllah akan datang ana cuba berkongsi kisah lain pula. Wassalam...

No comments:

Post a Comment